o1 Cerpen : Kesakitan itu hanya kenangan
Kategori: Cerpen
Oleh : fieda
Insyirah memandang pengantin yang tersenyum manis di atas pelamin yang indah itu. Bibirnya di ketap menahan sendu yang menerjah hatinya kini. Pasangan itu nampak sepadan bersanding berdua, senyuman yang menghiasi wajah keduanya nampak indah. Tapi kenapa hatinya terasa begitu sakit sekali bagai di tusuk sembilu tajam. Hatinya bagaikan di lukai begitu kejam sekali.
Kenapa mesti insan yang di cintai dalam diam itu mengahwini sahabat sejatinya itu. Kenapa juga mesti sahabat sejatinya itu memilih sepupunya yang di minati dalam diam itu. Tidakkah Hanim nampak sinar cinta di matanya untuk Hasrul bila berbicara mengenai sepupunya itu. Tidak Hanum dan Hasrul tak pernah salah, yang salah hanyalah dirinya yang bermain api. Sedangkan dirinya tahu Hasrul hanya menganggap dirinya hanya sepupu dan tidak mungkin lebih dari itu.
“Syirah… oh Syirah mari tolong bagi bunga telur ni,” Mak Long menggammit dirirnya. Insyirah lantas memberikan senyuman manis dan ke arah mak long sambil mengambil bakul telur di tangan mak long.
“Syirah bagi dekat orang-orang besar je taw yang budak-budak nanti dapat lain,” arah mak long dan di anggukkan kepala tanda mengerti. Entah kenapa dia malas mahu mengeluarkan suaranya hari ini. Kesakitan serta kepedihan ini membuatkan dirinya bagaikan bisu.
Sewaktu Insyirah meletakkan bunga telur di atas meja untuk tetamu tidak pasal-pasal dirinya di tegur oleh seseorang di situ.
“Cubalah senyum sikit ni bukan majlis tahlil tapi majlis kahwin,” Insyirah yang mendengar memandang ke arah suara itu. Matanya memerhatikan lelaki tampan itu, wajah yang bersih dengan rambut terpacak itu memandang wajahnya dengan senyuman. Insyirah tetap tidak memberi reaksi dan meneruskan kerjanya semula.
“Tumpang tanya toilet dekat mana?” soal lelaki tadi bila Insyirah sudah menyelesaikan kerjanya itu. Insyirah hanya menunding jarinya menunjuk arah bilik air.
Insyirah memandang kedua mempelai yang sibuk mengambil gambar. Pada mulanya dirinya di minta jadi pengapit oleh Hanum tapi dengan tegas dirinya menolak. Bayangan bagaimakah dirinya mahu bertahan itu menjad pengapit di persandingan lelaki yang di cintainya itu. Dirinya teringat kembali saat dia mengetahui pertunangan keduanya selepas dirinya balik dari outstation. Pada masa itu Insyirah terkejut melihat cincin yang tersarung di jari Hanum. Itu cincin yang Hasrol pilih bersamanya sebelum dirinya outstation. Mati-mati dirinya ingat Hasrol mahu meminangnya tapi semuanya punah bila sahabat baiknya sendiri yang di pilih lelaki itu.
Saat itu dirinya terasa bagaikan melayang jauh, sejak bila mereka berdua mula bercinta. Mereka pandai menyimpan rahsia sehingga tidak tertangkap oleh dirinya. Sewaktu itu Hanum kata itu adalah surprise untuk dirinya dari mereka berdua. Ya itulah kejutan yang paling menyakitkan walaupun keduanya tersenyum bahagia. Tapi ini bukan salah keduanya tapi ini salah dirinya sendiri.
“Syirah marilah ambil gambar,” suara itu menerjah pendengarannya dan di lihat kedua mempelai berada di hadapannya. Senyuman separuh paksa di berikan.
“Tak pe lah malulah nak ambil gambar,” tolak Insyirah. Hanum sudah membuat wajah muramnya di saat itu.
“Ala kenapa awak ni dah lah tak nak jadi pengapit saya ni pula tak nak ambil gambar. Awak tahukan awak antara orang yang terpenting dalam kehidupan saya,” lirih suara Hanum membuatkan hati Insyirah sayu.
“Dah.. dah jom lah kita ambil gambar,” Insyirah terus ke arah Hanum. Insyirah berdoa semoga hari ini cepatlah berlalu pergi.
……………………………………….
Insyirah menerima tawaran untuk pertukaran kerja di Putrajaya baginya ini adalah jalan yang terbaik untuk dirinya mencari kehidupan yang baru. Semoga kenangan yang menyakitkan hati akan berlalu pergi seiring dengan masa yang berjalan.
“Syirah kenapa awak buat macam ni?” soal Hanum keras dan Insyirah hanya memandang wajah yang dalam kemarahan itu.
“Kenapa ni Hanum?” soal Insyirah perlahan tanda tidak mengerti kemarahan sahabatnya itu.
“Boleh awak tanya saya balik. Kenapa awak tukar tempat kerja Syirah kenapa dengan tiba-tiba pula ni?” soal Hanum tidak berpuas hati. Insyirah hanya ketawa kecil melihat kemarahan sahabatnya itu.
“La pasal tu ke, awak ni saya saja je nak menimba pengalaman baru dekat sana,” balas Insyirah perlahan sambil tersenyum.
“Tapi kenapa tiba-tiba je Syirah atau awak nak lari dari sesuatu?” soal Hanum membuatkan Insyirah mengetap bibirnya.
“Kenapa awak cakap macam tu Hanum, saya tak lari dari apa-apa pun saya nak menimba pengalaman di tempat baru saja,” jelas Insyirah.
“Saya kenal dan tahu apa yang ada dekat hati awak tu Syirah. Saya dah lama kawan dengan awak dan saya dah boleh baca apa yang ada dekat hati awak tu,” Hanum berbicara lemah. Insyirah mengetap bibirnya perlahan.
‘Tak Hanum awak tak mampu baca lagi hati saya. Sebab kalau awak dapat baca hati saya dan awak akan tahu betapa saya mencintai lelaki yang sudah menjadi suami awak tu. Tapi awak tak dapat baca apa yang ada di hati saya ni.’ Luahan itu hanya terluah di dalam hati Insyirah.
“Saya tak nak kita gaduh Hanum di saat saya dah nak pergi ni. Saya nak kita happy selalu lagi pun awakkan pengantin baru,” pujuk Insyirah lembut dan lama kemudian Hanum tersenyum walaupun senyuman itu tidak seceria selalu.
Malam itu Insyirah di marahi oleh Hasrul pula kerana kes yang sama dan Insyirah hanya memberikan alasan yang sama sahaja. Ya memang mereka rapat dan atas perhatian yang di berikan yang membuatkan dirinya tersalah tafsir. Lelaki itu menjaganya dan mengambil berat tentang dirinya tapi itu hanyalah atas dasar sepupu dan hanya perasaannya sahaja yang terpesong.
……………………………………….
Hampir dua bulan Insyirah di tempat kerja baru dan segalanya berjalan dengan lancar. Bos di tempat barunya ini merupakan anak lelaki tunggal oleh bos besarnya di Johor. Setakat ini dirinya tidak pernah terserempak lagi dengan bos besar itu. Rata-rata di telinganya mendengar bosnya ini adalah buaya darat. Entah malas nak ambil tahu yang penting hidup sendiri-sendiri.
Insyirah yang berada di dalam lif untuk naik ke tingkat 5 pejabatnya hanya mendiamkan dirinya sahaja. Dirinya bagaikan berada di dunia sendiri. Belum sempat pintu lif di tutup seseorang menahan dan seseorang memasuki lif itu. Insyirah langsung tidak memandang ke arah orang itu tapi berdasarkan kasutnnya dia tahu yang masuk itu adalah lelaki.
“Awak ni memang tak reti senyum ke?” soal lelaki itu dan Insyirah memandang sekeliling tapi yang pasti hanya mereka berdua di dalam lif itu. Pantas matanya memandang wajah lelaki di hadapannya dan kerutan di dahinya mula terukir.
“Dah ingat belum?” soal lelaki itu lagi. Insyirah hanya menggelengkan kepalanya.
“Di majlis kahwin….” jelas lelaki itu dan Insyirah hanya menganggukkan kepalanya sahaja.
“Macam mana rupa awak kalau senyumkan. Ermmm makin manis ke atau menakutkan,” bebel lelaki itu lagi dan Insyiarah hanya mendengus sahaja.
“Boleh tak awak buat hal awak dan saya buat hal saya,” pinta Insyirah lantas menjeling lelaki itu.
“Ermmm lembutnya suara awak mesti kalau awak senyum nampak maniskan.” Bila pintu terbuka lantas Insyirah keluar dari lif dan melangkah laju ke tempat duduknya.
Insyirah melihat jam di tangannya sudah menunjukkan pukul 6.00 petang dan hanya ada 3 orang sahaja yang tinggal. Lantas mejanya di kemas untuk siap sedia balik ke rumah. Badannya juga sudah sakit-sakit terasa kepalanya bagaikan berpusing. Banyak perkara yang mengganggu fikirannya kini.
Insyirah yang sudah masuk ke dalam lif memicit kepalanya perlahan. Denyutan di kepalanya menjadi-jadi sejak petang tadi.
“Are you okey?” soal suara itu dan Insyirah memandang kemudian mengangguk kepalanya lemah.
“Kalau sakit pergilah klinik,” bicara lelaki itu kembali. Insyirah hanya mendiamkan dirinya sahaja. Insyirah lantas keluar dari lif dan menuju ke tempat pariking keretanya tanpa mempedulikan lelaki yang terlebih ramah itu.
………………………………………..
Sudah seminggu pening Insyirah tidak hilang malah kini demam sudah melanda dirinya tapi dirinya malas mahu melayan sakitnya ini. Pagi itu di dalam lif sudah ramai orang tapi melihat lelaki yang sering menegurnya itu memberikan ruang lantas dirinya melangkah. Lagi pun dia tidak mahu terlewat masuk ke pejabat. Di sebabkan ramai orang dan keadaan ruang yang sempit sedikit membuatkan beberapa kali tangannya dan lelaki itu bersentuhan. Insyirah tahu lelaki itu memandangnya tapi dia hanya membuat tidak tahu sahaja.
Keluar dari lif itu tangan Insyirah di tarik oleh lelaki itu menuju ke satu bilik. Insyirah yang terkejut tidak mampu bercakap apa-apa malah dia tahu semua mata memandang ke arahnya kini. Sampai di dalam bilik lelaki itu masih memegang tangannya menuju ke sofa dan kemudian dirinya di suruh duduk.
“Eah awak ni kenapa?” soal Insyirah terkejut melihat reaksi lelaki itu.
“Dah berapa lama awak demam ni? Awak ni tak tahu jaga diri ke?” tegur lelaki itu dan Insyirah mengerutkan dahinya.
“Apa kena mengena saya sakit ke sihat ke dengan awak. Tolong ye encik… err encik… what ever la jangan masuk campur hal saya,” jelas Insyirah menekankan sedikit suaranya. Baru mahu melangkah pergi kepalanya terasa berpusing dan terasa dirinya melayang.
Ilham yang melihat gadis itu mahu melorot jatuh lantas mencapai tubuh itu. Pipi Insyirah di tepuk-tepuk perlahan dan gadis itu sudah tidak sedarkan dirinya. Lantas di kendong tubuh itu dan di baringkan di atas sofa. Tangannya merasa dahi itu kemudian merasa leher gadis itu di sebalik tudung yang di pakai. Panas… Ilham sudah cemas panas yang terlalu sangat lantas dirinya menuju ke arah pantry di dalam biliknya dan melembapkan kain untuk di letak ke dahi gadis itu.
Ilham menggaru kepalanya bila terfikir bagaimana mahu meletakkan kain itu di dahi Insyirah dengan gadis itu memakai tudung. Di khuatiri tudung itu akan basah. Lalu Ilham membuka tudung di kepala gadis itu dan meletakkan kain lembap itu di dahi Insyirah. Perbuatan itu di lakukan berulang kali. Ilham sudah duduk bersimpuh di bawah sambil memandang wajah itu.
Insyirah membuka matanya perlahan-lahan dan kepalanya terasa berpusing. Kemudian matanya memandang sekeliling untuk memastikan di mana dirinya berada. Bila mengetahui dirinya di sesuatu tempat lantas dirinya terduduk.Tangannya mencapai kain yang jatuh di dahinya dan dengan pantas tangannya meraba kepalanya. Dirinya terkejut melihat wajah lelaki itu yang sedang duduk bersimpuh di bawah manakala dirinya di sofa.
“Awak buka tudung saya ke?” soal Insyirah merenung tajam wajah lelaki itu. Ilham terkelip-kelip memandang wajah indah itu. Semasa gadis itu baring dia tidak nampak sepenuhnya kini dirinya melihat wajah itu dengan rambut hitam lebat yang lurus melepasi bahunya dan separuh rambut itu menutup wajah gadis itu. Jantungnya berdegup kencang dengan melihat wajah itu kenapakah dengan jantungnya ini. Tanpa di jangka Ilham menyentuh rambut itu dan mengusapnya lembut.
“You look beautiful,” lembut bicara lelaki itu membuatkan Insyirah terkedu. Jantungnya juga berdegup kencang. Ketukan di pintu membuatkan keduanya sedar lantas Insyirah mencapai tudung di sofa dan menuju ke satu bilik kecil di dalam bilik lelaki itu dengan kelam kabut. Nasib baik bilik yang di masuki adalah bilik air lantas tudung di pakai dengan laju. Wajahnya yang merah padam di pandang di cermin yang tersedia.
Sewaktu Insyirah keluar dari bilik air di lihat satu wanita seksi sedang mencekak pinggang. Jika lihat keadaan dan situasi itu nampaknya mereka di dalam kedaan yang tidak baik. Satu lagi Insyirah memang malas nak masuk campur hal mereka.
“Kau ni siapa pulak?” soal wanita itu garang membuatkan Insyirah terkebil-kebil terkejut di sergah begitu.
“Maaf rasanya saya patut keluar dulu,” Insyirah meminta diri.
“You tak angkat call I selama ni sebab perempuan ni ke?” suara wanita itu sudah naik sampai ke level yang tinggi.
“Ilham, you dengar tak I tengah tanya you ni?” marah wanita itu lagi bila lelaki itu mendiamkan diri. Insyirah yang mendengar nama lelaki itu hanya menggigit bibirnya sahaja.
“Hei perempuan kau ni anak Dato mana sampai nak ambil boyfriend aku ni hah?” jerit wanita itu lagi.
“You boleh diam tak?” suara Ilham pula kedengaran.
“You suruh I diam Ilham. Hei tak ada sesiapa pun berani suruh I diam tahu,” marah Liyana.
“You nak tahu kenapa I tinggalkan you sebab perangai you ni lah yang I tak boleh nak tahan tahu,” Ilham membalas geram kemudian melangkah menghampiri Insyirah yang terpaku mungkin terkejut.
“Untuk pengetahuan you bulan depan I akan kahwin dengan Insyirah sebab I rasa dia lagi sesuai jadi wife I berbanding dengan you. I perlukan seorang isteri yang solehah dan senang di didik bukan macam you yang tak dengar kata,” jelas Ilham dan membuatkan Insyirah memandang lelaki itu terkejut.
“Apa ni bising-bising sampai dekat luar ni?” soal Dato Hamidi membuatkan ketiga-tiga memandang wajah yang baru muncul. Insyirah sudah terkedu melihat Pengarah itu.
“Nothing uncle,” balas Liyana tersenyum manis.
“Tadi papa dengar Ilham nak kahwin bulan depan? Dengan Insyirah?”soal Dato Hamidi memandang wajah anak lelakinya itu.
“Yes papa, Ilham decide nak kahwin dengan Insyirah bulan depan. Kami dah bincang hal ni,” jawapan itu membuatkan Insyirah makin terkejut bagaikan di hempap batu.
“Betul ke ni, erm papa tak ada masalah yang penting kamu kahwin. Kalau ikut umur kamu ni dah patut kahwin pun. Baguslah lagi pun Insyirah ni pekerja kesayangan papa masa dekat Johor,” jelas Dato Hamidi. Macam mana di mahu menyelit ni.
“Insyirah nanti papa terus datang rumah kamu kita buat majlis tunang terus dengan nikah sekali. Senang tak payah banyak-banyak majlis,” jelas Dato Hamidi dengan membahasakan dirinya papa bila mengetahui Insyirah itu pilihan anaknya.
“You memang teruk Ilham…. I hate you,” Liyana terus berlari keluar. Dato Hamidi hanya menggeleng kepala sahaj melihat gelagat wanita itu.
“Okeylah papa nak keluar dulu jumpa klien nanti malam kita bincang ye Ilham,” Dato Hamidi melangkah keluar.
“Awak tak patut libatkan saya dalam masalah awaklah,” marah Insyirah.
“Awak memang dah terlibat dalam masalah ni pun Insyirah,” balas Ilham.
“Bila masa saya nak kahwin dengan awak pula???? Bulan depan??? Awak dah gila ke?” marah Insyirah lagi.
“Saya memang dah gila sebab saya dah gilakan awak tahu,” balas Ilham sambil ketawa kecil.
“Arghh awak ni memang serabutlah, saya tak kenal awak pun tahu. So jangan pandai-pandai cakap yang kita nak kahwin bulan depan,” tingkah Insyirah lantas melangkah keluar dari bilik itu dan menuju ke lif. Dia tidak mahu kerja hari ini. Lelaki itu menuruti dirinya di dalam lif Insyirah berdiri di sudut belakang sekali.
“Insyirah, awak patut kenali diri saya dulu. Saya memang dah fall in love dengan awak sejak dulu lagi,” Ilham merapati Insyirah yang berada di sudut lif. Melihat gadis itu mahu melarikan diri lantas tangannya mengepung gadis itu.
“Apa awak mengarut ni Encik Ilham, saya tak kenal awak lah. Kita tak pernah jumpa sebelum ni hanya sekali dekat majlis kahwin tu je,” tekan Insyirah.
“Awak tak pernah nampak saya sebab awak sibuk pandang lelaki tu. Awak pandang lelaki yang tak pandang awak langsung. Awak menyakiti hati awak sendiri selama ni sedangkan ada lelaki lain yang pandang awak selama ni,” tekan Ilham membuatkan Insyirah terkedu.
“Saya sakit hati tengok awak dengan lelaki tu Insyirah. Saya tak nak awak terluka dan saya selalu perhatikan awak dari jauh dan hanya awak yang tutup mata awak untuk pandang lelaki lain. Kenapa tak awak bagi peluang pada saya Insyirah,” lirih suara itu membuatkan Insyirah memandang wajah lelaki itu. Air matanya sudah mengalir perlahan dan tindakan Ilham mengesat air matanya membuatnya air matanya semakin laju mengalir.
Pintu lif yang terbuka membuatkan Insyirah terus menolak tubuh lelaki itu dan melangkah pergi. Dia tahu lelaki itu masih mengikuti dirinya.
“Syirah!!!” panggil satu suara itu membuatkan dirinya terpaku. Wajah Hanum di hadapannya membuatkan dirinya terkedu lantas tangannya mengesat air mata yang mengalir.
“Bila awak sampai Hanum?” soal Insyirah lembut mahu memeluk tubuh itu tapi di halang oleh tangan Hanum membuatkan Insyirah mengerutkan dahinya.
“Kenapa awak rahsiakan dari saya Syirah?” soal Hanum.
“Rahsiakan apa Hanum?” soal Insyirah pelik.
“Perasaan awak dekat Hasrul, awak buat saya kejam tahu. Saya rampas lelaki yang sahabat saya cintai. Awak buat saya rasa saya terlalu kejam Syirah, kenapa?” jerit Hanum.
“Itu semua kisah lama Hanum,” balas Insyirah lemah. Sudahlah kepalanya sakit makin bertambah sakit dengan semua ini yang datang mendadak.
“Hasrul dia pergi tinggalkan saya sebab diari awak ni. Kenapa Insyirah kenapa awak buat macam ni dekat saya. Hasrul kata dia nak cari awak, dia nak tebus kesalahan dia dekat awak. Dia tinggalkan saya terkontang kanting macam ni Insyirah,” tangisan Hanum yang mendayu membuatkan Insyirah sayu.
“Saya sayangkan Hasrul, tolong jangan ambil dia dari saya Syirah. Saya nak kita bermadu tapi saya takut kasih dan sayang Hasrul lebih kepada awak Syirah sebab dia selalu ambil berat pasal awak. Saya tak boleh hidup tanpa dia Syirah. Awak kawan baik saya Syirah tolonglah saya,” rayu Hanum.
“Saya takkan ambil Hasrul dari awak Hanum. Itu semua kisah lalu saya. Awak tak kenal saya ke? takkan saya nak lukakan hati kawan baik saya sendiri Hanum.”
“Saya takut Hasrul tinggalkan saya Syirah, dia cakap sekarang baru dia sedar selama ni awak selalu berada di sisi dia. Kenapa semua ni berlaku dekat saya Syirah. Kami bahagia sebelum dia terjumpa diari awak ni,” tangisan Hanum membuatkan Insyirah terasa bersalah.
“Saya minta maaf pasal diari tu. Saya alpa pasal diari tu sampai jatuh dekat tangan Hasrul tapi percayalah cakap saya cinta saya untuk Hasrul dah mati bila awak berdua kahwin.” jelas Insyirah sambil memejam celikkan matanya yang terasa kelam.
“Saya akan kahwin bulan depan Hanum dengan lelaki yang mencintai saya,” Insyirah memandang wajah Ilham yang berada beberapa langkah di belakangnya. Lelaki itu tersenyum mendengar jawapannya dan Insyirah memandang wajah Hanum kembali.
“Awak jangan risau pasal Hasrul. Dia cuma keliru nanti pasti dia akan kembali semula pada awak. Saya janji..” Pandangan Insyirah semakin berbalam dan serentak itu pandangannya gelap.
Ilhan yang melihat lantas mencapai tubuh Inyirah sebelum menyembah bumi. Hanum yang melihat turut terkejut dan melangkah menghampiri sahabatnya. Tanggannya menyentuh wajah Insyirah dan semakin terkejut melihat kepanasan tubuh itu. Segera mereka berdua membawa Insyirah ke hospital.
………………………………
Sewaktu tersedar Insyirah memandang sekeliling dan setelah melihat tahulah kini dirinya di hospital. Di lihat wajah Hanum yang sedang duduk memegang tangannya dan melihat wajah Ilham yang sedang duduk di sofa yang di sediakan.
“Macam mana saya ada dekat sini?” soal Insyirah perlahan.
“Awak pengsan tadi dan kita orang bawa awak ke hospital sebab badan awak panas sangat,” jelas Hanum dan Insyirah hanya tersenyum memandang wajah itu.
“Dah berapa lama saya tak sedar ni?” soal Insyirah kembali.
“Dah dekat satu hari dah,” jelas Hanum kemudian menyentuh dahi Insyirah lembut. Dah kurang sikit panas badan awak ni.
“Hanum saya minta maaf sebab timbulkan masalah,” Insyirah berbicara perlahan.
“Shuuut dah lah jangan cakap lagi pasal benda ni, awak tengah tak sihat. Biarlah kalau panjang jodoh kami nanti tahulah Hasrul balik semula. Okey lah saya nak balik hotel dulu ye, nanti saya datang lagi.” Insyirah hanya mengangguk selepas bayangan Hanum hilang dan Ilham melangkah menghampiri katil Insyirah dan duduk di kerusi yang tersedia.
“Sakit kepala lagi ke?” soal Ilham lembut dan Insyirah mengangguk kepalanya. Memang kepalanya terasa berat sekali mungkin tidak cukup rehat. Ilham bangun dari duduknya dan duduk di birai katil kemudian tangannya memicit perlahan kepala Insyirah. Gadis itu tidak menolak mungkin memang kepalanya terasa sakit. Tidak lama kemudian sekejap sahaja Insyirah terlelap.
…………………………………….
Hari yang di tunggu-tunggu telah tiba, hari ini akan berlangsung perkahwinannya bersama Ilham. Lelaki yang di anugerahkan Allah buat dirinya. Jika lelaki itu telah di takdirkan dengannya maka dia redha. Hanya sekali lafaz kini dirinya sah milik Muhd Ilham bin Dato Hamidi.
Sewaktu menyarungkan cincin di jarinya Ilham memandang wajahnya dengan senyuman manis. Keikhlasan di wajah itu terpancar sekali, benarkah suaminya itu memang mencintai dirinya?
“Terima kasih kerana terima abang dalam hidup Syirah. Kasih, sayang dan cinta abang hanya untuk Syirah selamanya,” ungkapan syahdu itu menusuk ke dalam hati Insyirah. Matanya sudah di takungi air mata hanya tinggal tunggu masa untuk mengalir.
“Janganlah menangis sayang dah tak lawa dah isteri abang ni,”canda Ilham membuatkan Insyirah mencubit manja suaminya.
Insyirah meneliti raut wajah Ilham yang meneliti kertas kerja di meja kerjanya. Air yang di bawa lantas di letak atas meja. Kemudian memandang kembali wajah itu. Ilham yang perasan dirinya di pandang lantas menoleh.
“Kenapa ni?” soal Ilham perlahan. Insyirah lantas menggeleng kepala dan mahu melangkah pergi tetapi tangannya di genggam oleh suaminya lembut.
“Ye ke tak ada apa-apa ni?” soal Ilham lagi.
“Errr….errr ab…abang tak penat ke?” soal Insyirah membuatkan Ilham ketawa kecil cukup membuatkan wajah itu nampak bercahaya.
“Penatlah jugak tapi abang nak kena siapkan kertas kerja ni dulu. Kenapa sayang penat ke?” soal Ilham membuatkan Insyirah mengangguk kepalanya. Ilham lantas menarik tangan isterinya menuju ke katil dan membaringkan isterinya lembut. Melihat wajah Insyirah yang cemas membuatkan senyumannya semakin kelihatan.
“Jangan risau abang takkan buat apa-apa dekat sayang sampailah sayang terima cinta, kasih dan sayang abang,” penjelasan itu cukup membuatkan Insyiarah lega kemudian terus baring. Ilham membetulkan selimut di badan Insyirah dan mencium dahi isterinya lembut.
“Sayang tidur dulu, abang nak siapkan kerja dulu.” Ilham lantas bergerak pergi bila isterinya sudah menutup mata.
Insyirah yang bangun pagi itu meraup wajahnya menghilangkan ngantuknya. Dilihat suaminya tertidur di atas meja kerja lantas kepalanya di geleng perlahan. Bibirnya mengukir senyuman kecil lantas melangkah ke arah meja.
“Bang…” perlahan Insyirah menyebut sambil menyentuh bahu suaminya. Melihat Ilham sudah tersedar sambil memicit bahunya membuatknya senyumannya kembali terukir.
“Eah abang tertidur dekat sini ke?” soal Ilham dan Insyirah mengangguk kepalanya.
“Dah pukul berapa ni? Aduh sakitnya tengkuk abang,” Insyirah memandang jam di dinding.
“Pukul 6 pagi dah,” lembut bicara Insyirah sambil tangannya di letak di bahu suaminya dan mengurut lembut. Ilham hanya membiarkan sahaja tangan lembut itu mengurutnya. Setelah di rasakan lama lantas Ilham mencapai tangan itu dan mengucup kedua-dua tangan itu.
“Thanks sayang. Okey jom siap-siap kita solat,”ujar Ilham dan menerima anggukan dari Insyirah.
Layanan yang mesra di berikan Ilham membuatkan Insyirah benar-benar menyenangi lelaki itu. Suaminya mesra dan baik tanpa mengambil kesempatan. Insyirah tersenyum mengingati telatah suaminya yang manja itu. Senyumannya tidak hilang dari bibirnya dari tadi. Terlihat bayangan Ilham yang sekejap duduk di sofa, sekejap naik turun tangga sambil membebel, terbayang juga Ilham yang membantu dirinya di dapur. Semua mengenai lelaki itu nampak indah di matanya kini. Mana hilangnya bayangan Hasrul yang di cintai selama ini?.
“Termenung sampai planet mana ni?” teguran di belakangnya itu benar-benar membuatkan dirinya terkejut. Lantas di pandang wajah suaminya tersengih-sengih sambil mengetap bibir kegeraman.
“Terkejut Syirah,” gumam Insyirah perlahan. Ketawa kecil di belakangnya hanya di pandang sepi malas nak layan. Dari belakang pipinya di kucup lembut membuatkan rajuknya hilang sekelip mata. Matanya turut terpejam menghayati keindahan itu bila kucupan di pipinya masih tidak di lepaskan.
“Marah lagi?” soal Ilham lembut sambil tersenyum manis. Insyirah menggelengkan kepalanya.
“Wah kiranya ciuman abang ni boleh buat sayang hilang marah la ni ye?” sakat Ilham sambil duduk di sebelah Insyirah yang memandang televisyen sahaja tapi dapat di lihat wajah itu kemerahan mungkin menahan malu.
“Syirah….” Lembut gemersik suara itu membuatkan Insyirah terbuai. Tangan suaminya yang berada di pahanya membuatkan dirinya tersedar.
“Erm,” balas Insyirah selamba.
“Abang laparlah sayang,” bagaikan anak-anak kecil suara itu mengadu lapar membuatkan Insyirah tersenyum lebar.
“Tak makan dengan client ke tadi?” soal Insyirah sambil mengerutkan dahinya. Gelengan itu membuatkan dirinya terus berdiri.
“Eah sayang nak pergi mana ni?” soal Ilham laju sambil mencapai tangan isterinya. Pelik bila melihat Insyirah terus berdiri.
“Tadi cakap lapar,” balas Insyirah ringkas dan keduanya lantas bergerak bersama ke dapur.
……………………………………………..
Insyirah sudah mula bekerja semula dan menerima usikan dari rakan kerjanya. Insyirah lantas menyemak fail-fail yang menimbun di atas mejanya. Insyirah melihat satu perempuan yang boleh tahan seksinya menuju ke bilik suaminya lantas pandangan terus ke situ. Di lihat wanita itu masuk ke dalam bilik suaminya lama.
Hampir satu jam di dalam bilik itu akhirnya perempuan itu keluar bersama suaminya dari bilik itu. Ada fail di tangan wanita itu membuatkan Insyirah mematikan fikiran negatifnya. Bila mendengar ketawa dari keduanya membuatkan Insyirah lantas memandang kembali ke arah keduanya.
“Syirah nak tahu tak perempuan tu anak rakan kongsi syarikat Dato taw. Setahu kita orang perempuan ni memang dari dulu usha Encik Ilham jadi akak nak nasihatkan Syirah jagalah suami Syirah tu. Bukan apa akak ni tak berkenan sangat dengan Cik Natasya tu tengoklah tergedik-gedik bukan tak tahu yang Encik Ilham dah kahwin,” bebel Kak Nor yang duduk di meja sebelahnya membuatkan dirinya tersenyum kecil.
“Ala kak kalau si Ilham tu tak melayan tak menjadinya,” sinis bicara Insyirah cuba menahan geram bila melihat kemesraan itu. Kenapa wahai hati???
“Akak ni percayakan Encik Ilham tu tapi bila lihat Cik Natasya yang dok bergesel tergedik-gedik risau akak. Bukan apa nanti jadi gosip pula,” balas Kak Nor. Insyirah hanya mengangguk kepalanya. Bila melihat Cik Natasya sudah bergerak pergi dan pandangan suaminya di wajahnya lantas di alaihkan wajahnya memandang ke komputer terus.
Insyirah yang dalam perjalanan pulang bersama Ilham hanya membisukan mulutnya malas mahu berbicara dengan suaminya. Entah kenapa otaknya ligat berfikir mengenai Cik Natasya itu. Bibirnya di ketap manahan getaran cemburu yang mula menular. Ilham yang melihat kebisuan Insyirah hanya mengerutkan dahinya.
Kebisuan Insyirah terbawa-bawa sehingga ke rumah membuatkan Ilham di terpa kerisauan. Kenapa dengan isterinya dia rindu mahu mendengar suara itu, betapa satu hari ini dia hanya mampu memandang wajah itu sahaja. Kesibukan keduanya membuatkan sukar untuk berbiacara dengan isterinya.
“Syirah…” panggil Ilham lembut bila melihat isterinya yang leka membaca majalah di atas katil.
“Ermm,”
“Syirah tak sihat ke dari tadi diam je,” ujar Ilham sambil baring di sebelah isterinya. Melihat gelengan Insyirah membuatkan wajahnya berkerut.
“Ye ke ni? Betul ni ke ada yang tak puas hati dengan abang?” soal Ilham lagi. Insyirah memandang wajah suaminya di sebelahnya yang sedang memandang wajahnya. Lantas kepalanya di geleng perlahan.
“Abang rindu nak dengar suara Syirah hari ni,” ujar Ilham lembut sambil melingkarkan tangannya di pinggang isterinya lembut. Bicara itu membuatkan Insyirah tersenyum kecil, cemburunya tadi sudah terbang pergi bila suaminya memeluk pinggangnya begini. Ahh hati sudah mula berpaling tadah.
“Kan cantik kalau Syirah sentiasa senyum macam ni dari muram je. Abang tak nak lah Syirah muram-muram,” ujar Ilham sambil mengambil majalah di tangan Insyirah dan di letak ke tepi. Kemudian membetulkan selimut di tubuh isterinya.
“Okey sekarang masa untuk tidur,” ujar Ilham sambil mencium lembut dahi Insyirah dan membaringkan tubuhnya semula dan pelukan di pinggang isterinya di kejabkan. Lena tidur Insyirah sehingga kepagi di dalam pelukan suaminya.
Di pejabat Insyirah mahu melangkah ke bilik suaminya untuk meminta tanda tangan untuk pelepasan projek yang sedang dia uruskan. Setelah mendapat kebenaran masuk segera kakinya melangkah masuk dan matanya tertancap pada wanita yang menyilang kaki duduk di sofa menampakkan paha yang putih melepak. Suaminya juga duduk di atas sofa dan di hadapan mereka ada beberapa fail. Arghh hatinya sudah kembali di terjah cemburu melihat agenda itu walaupun dia tahu suaminya berbincang mengenai hal kerja. Senyuman di bibir suaminya membuatkan dirinya lantas membalas senyuman.
“Syirah tak tahu pula ada client,” Insyirah memberikan senyuman kepada wanita itu yang hannya tersenyum hambar kepada dirinya.
“It’s okey kenapa?” soal Ilham sambil tersenyum lebar melihat dirinya serta di gamit Insyirah supaya ke arahnya.
“Err ni fail yang nak kena tanda tangan kalau boleh bagi cepat sikit sebab nak kena pergi inspection,” jelas Insyirah sambil menghulur fail kepada suaminya.
“Mari lah duduk sini dulu,” Ilham menepuk sofa di sebelahnya. Insyirah hanya menggeleng kepalanya sahaja.
“Syirah banyak agi kerja kena buat. Syirah keluar dulu lah,” jelas Insyirah sambil memberikan senyumannya. Bicaranya juga dengan manja sakit hati bila melihat wanita itu hanya mencebik dari tadi. Eeeee suka hati akulah laki aku ni. Ilham kemudian menganggukkan kepalanya sahaja.
Insyirah begitu tekun meniliti fail di hadapannya sehingga tidak perasan akan kehadiran suaminya yang sudah berada di belakangnya. Sekejap tangganya di larikan di belakang tengkuk kemudian di dahi dan kemudian menyelak helaian fail di hadapannya.
“Khusyuknya wife abang ni buat kerja,” bisikan di telinganya membuatkan Insyirah terkejut lantas di pandang wajah Ilham tajam.
“Terkejut Syirah.” Kedengaran suaminya itu hanya ketawa kecil lantas di jeling perlahan.
“Jom balik dah pukul 6 da ni. Jangan rajin sangat sayang oiii,” Ilham sudah mengemas meja isterinya itu. Insyirah hanya memandang perlakuan suaminya dengan senyuman kecil.
“Ni tolong Syirah tetiba ni nak apa ni?” soal Insyirah saja mahu menyakat suaminya itu. Melihat bibir itu hanya menguntum senyuman menawan membuatkan Insyirah melarikan wajahnya terus.
“Dah jom,” Ilham lantas memimpin tangan isterinya lembut dan menuju ke tempat letak kereta sama-sama.
Insyirah sedang leka melihat panorama malam di balkoni biliknya. Matanya liarkan di dada langit memandang bintang yang bertaburan di rata-rata langit. Bibirnya di gigit, sekejap-sekejap tangannya mengusap lengan bila terasa angin sejuk menyapa tubuhnya sejuk. Pelukan dari belakang membuatkan Insyirah terkejut tetapi dia hanya membiarkan sebab dia dapat membau wangian suaminya.
“Termenung apa ni sayang?” soal Ilham sambil meletakkan dagunya di kepala Insyirah lembut.
“Saja tengok keindahan alam. Besarnya kebesaran Allah Cuma manusia je yang tak tahu menghargainya kan bang,” bicara Insyirah perlahan. Sesekali Ilham membetulkan kedudukan mereka pelukan juga di eratkan.
“Hai sayang sejak bila ni dah layan jiwang ni?” soal Ilham menyakat isterinya.
“Mana ada Syirah layan jiwang. Lain lah macam abang tu selalu layan jiwang almaklumlah ada perempuan seksi kejar dia kan,” balas Insyirah terbayang wajah Natasya di ruang matanya. Ilham mengerutkan dahinya perlahan.
“Perempuan seksi?” biacar Ilham perlahan.
“Ala tak payah nak pura-pura bertanya ye bang,” Insyirah berbalas perlahan.
“Maksud sayang Natasya ke?” soal Ilham pelik. Insyirah pula buat muka tak nak jawab soalan baik tengok bintang tu lagi baik.
“Macam mana seksi perempuan yang datang depan abang pun, hati abang tetap cakap perempuan depan abang ni yang paling seksi. Abang cuma nak yang depan abang ni je tak nak perempuan lain dah,” bisik Ilham di telinganya perlahan membuahkan senyuman kecil di bibir Insyirah tapi tidak mahu di tunjukkan pada suaminya yang dia sedang tersenyum. Oh hati…
……………………………..
Insyirah yang sedang leka membuat kerja menerima panggilan dari kaunter ada orang yang mahu berjumpa dengan dirinya. Lantas kaki di hayun laju ke arah luar mahu berjumpa dengan orang yang merahsiakan namanya. Langkah kakinya makin perlahan melihat tubuh itu dari belakang. Bila tubuh itu berpusing jelas wajah itu yang membuatkan langkahnya terberhenti terus. Senyuman manis lelaki itu di balas hambar, kosong dan tidak bermaya.
“Kenapa Hasrul cari Syirah ni?” soal Insyirah terus.
“Hasrul nak bincang sesuatu dengan Syirah boleh kita keluar sekejap,” pinta Hasrul membuatkan Insyirah terdiam sekejap berfikir rasioanalnya. Ermm demi Hanim aku mesti bantu hubungan dia orang ni. Anggukan di beri membuahkan senyuman mekar Hasrul. Tanpa mereka sedar ada satu mata yang memerhati dari jauh yang terluka…..
“Tak boleh Hasrul, Syirah tak suka Hasrul cakap macam tu faham. Awak tak kesian dekat Hanum ke tiap hari menangis fikirkan pasal awak. Boleh tak awak rasional sikit,” pinta Insyirah pada sepupunya itu.
“Tapi hati saya dah tak pada dia Syirah. Baru saya tahu selama ni yang saya nak hanya awak. Kelembutan dia buat mata saya tertutup nak pandang awak,” luahan Hasrul itu membuahkan gelengan yang laju.
“Bukan Hasrul tolonglah ni semua terjadi sebab diari tu. Awak keliru dengan hati dan perasaan sebab awak rasa bersalah dekat saya. Syirah dah lupakan semuanya, baliklah pada Hanim semula kesian dia,” ujar Insyirah menasihati sepupunya itu.
“Dia tak tahu apa-apa Syirah. Semua kerja rumah dia tak tahu, arghhh buruknya sikap dia kenapa saya tak nampak dari dulu. Dia belum layak jadi seorang isteri masak, kemas rumah hancur. Dia tak macam Syirah, please Syirah. Dia hanya tipu saya owh pandai dia nak menunjukkan diri dia yang perfect rupa-rupanya satu pun tak boleh buat” ujar Hasrul kegeraman memandang wajah itu. Insyirah sudah menggeleng kepalanya.
“Hasrul sampai hati awak cakap Hanum macam tu. Dulu beria awak nak kahwin dengan diakan. Sepatutnya awak terima dia seadanya dan tugas awak adalah membimbing dia ke arah yang lebih baik menjadi isteri yang solehah tahu,” marah Insyirah wajahnya sudah kemerahan.
“Dia tak macam awak Syirah. Awak perfect dalam semua perkara kenapa saya tak nampak semua tu dulu. Perangai dia buat saya tertekan dengan sikap cemburu dia. Saya dapat tahu dia yang beria-ria ajak saya kahwin awal sebab dia takut saya tahu perasaan awak dekat saya dan kemudian saya akan tinggalkan dia. Dia zalim pada awak sedangkan dia kawan baik awak sendiri,” Insyirah yang mendenfar bicara lelaki itu hanya tersenyum sahaja.
“Awak boleh senyum setelah apa yang dia buat pada awak ni Syirah?” soal Hasrul geram.
“Hasrul, awak patut tahu dia buat macam tu sebab dia sayangkan awak sangat-sangat. Dengan apa yang dia buat tu saya rasa bersyukur sangat sebab akhirnya saya jumpa seorang lelaki dan seorang suami yang menerima saya dengan ikhlas. Saya tutup mata saya selama ni tapi baru saya tahu di sebalik kesakitan ni semua, Allah beri saya suami yang penyayang sangat. Saya berterima kasih sayang dekat Allah. Hasrul bimbing Hanim jadi isteri yang baik memang semua orang di dunia ini tak perfect. Saya yakin awak boleh jadi seorang suami yang baik dan sempurna hanya dengan awak bimbing isteri awak,” panjang lebar nasihat Insyirah pada sepupunya itu.
“Syirah bahagia? Syirah cintai suami Syirah?” soal Hasrul sambil memandang tajam wajahnya. Insyirah memejam matanya kemudian membuka kembali matanya dan memberikan senyuman menwannya.
“Saya bahagia sangat sampai saya dapat lupakan kesedihan dan kesakitan dulu. Ya… saya memang cintakan Ilham seluruh hati saya. Dia adalah seorang suami yang terlalu baik yang Allah takdirkan untuk saya.” Mendengar itu Hasrul hanya mengeluh lemah dan melangkah pergi dengan lemah. Insyirah hanya memandang tubuh itu pergi dan bibirnya menguntum senyuman. Ermm tak sabarnya nak balik.
…………………………………
Insyirah merenung di balkoni sambil keluhan demi keluhan yang keluar. Kenapa denga suaminya kenapa??? Layanan lelaki itu sudah berubah, Ilham lebih banyak mendiamkan diri bila berada dengannya. Dia bagaikan tidak wujud sahaja bila berada di sisi lelaki itu. Fikiran suaminya juga selalu menerawang jauh bila berada dengannya. Dia terasa jauh terlalu jauh dengan Ilham kini.
Dengan di pejabat dirinya makan hati bila melihat Ilham bagaikan mesra dengan Natasya dan juga pekerja lain. Hanya dengan dirinya sahaja yang tidak di layan. Di rumah jangan cakap asyik duduk dekat bilik kerja sahaja. Bila dirinya di bawah maka Ilham pula akan di bilik dan begitu juga sebaliknya. Di kala hatinya sudah mengukir nama lelaki itu kenapa semuanya berubah. Adakah ia hanya kepalsuan semata-mata. Ya Allah…
Insyirah melangkah masuk ke dalam bilik dan di lihat Ilham sudah berbaring sambil lengan di atas dahi dan fikirannya menerawang jauh. Kerutan di dahinya terukir sekali kala. Insyirah pelik melihat keadaan suaminya itu lantas kakinya di arah ke katil dan duduk di birai katil perlahan. Melihat Ilham masih lagi tidak perasan dengan dirinya lantas Insyirah menghampiri suaminya dengan bersila dan perlahan lengan suaminya di sentuh.
“Abang tak sihat ke? Syirah tengok fikiran abang macam tak ada dekat sini je?” soal Insyirah lembut dengan riak kerisauannya. Ilham tersenyum dan menggelengkan kepalanya.
“Kalau Syirah ada buat apa-apa yang sakitkan hati abang selama ni bagi tahu je Syirah. Kalau abang diam macam ni Syirah rasa abang macam dah jauh dengan Syirah,” perlahan ungkapan Insyirah sambil menitik air matanya. Ilham yang mendengar lantas mengeluh dan menggeleng kepalanya.
“Tak… jangan risau Syirah tak buat salah hanya ada beberapa perkara yang merunsingkan fikiran abang sejak akhir-akhir ni,” ungkap Ilham lemah. Insyirah yang melihat suaminya kembali temenung lantas baring di sebelah suaminya dengan memeluk tubuh Ilham kejap. Perbuatan itu mengejutkan Ilham selama ini mana pernah isterinya memeluk dirinya dalam keadaan sedar.
“Syirah tak suka abang macam ni sebab Syirah terasa macam ni bukan suami Syirah. Syirah minta maaf kalau ada buat salah dekat abang sebab Syirah terasa yang perubahan abang ni ada kena mengena dengan Syirah. Kalau ada yang abang tak puas hati dengan Syirah abang tegurlah Syira terus bang.” Ilahm memeluk isterinya bila terdengar esakan isterinya. Alah lembutnya hati isterinya ini. Ilham mengelap air mata yang mengalir di pipi isterinya perlahan dan kemudian semakin banyak pula air mata yang mengalir di pipi isterinya itu.
“Syirah takut abang tinggalkan Syirah bila abang macam ni. Syirah tak nak abang pergi sebab Syirah sayangkan abang,” luah Insyirah dengan menangis di dada suaminya. Ilham yang mendengar bicara itu membesarkan matanya. Eahhh sayang??? Tu maksudnya Insyirah dah sayang dekat dirinya ke???
“Nope… abang takkan tinggalkan Syirah. Semua tu tak pernah terlintas di fikiran abang langsung,” ujar Ilham sambil mengusap rambut Insyirah lembut. Insyirah yang mendongak memandang wajah Ilham meminta kepastian kemudian suaminya lantas mengangguk kepalanya. Insyirah yang melihat anggukan itu lantas mencium pipi suaminya lembut. Ilham terkejut melihat reaksi isterinya yang terlebih manja itu. Benarkah namanya sudah terukir di dalam hati wanita itu?.
Melihat wajah Insyirah yang kemerahan itu membuatkan dirinya tersenyum manis. Hilang sudah rasa rajuknya dan terlukanya. Arghh mudahnya hatinya terubat dengan perlakuan isterinya ini.
“Syirah yakin ke yang Syirah sayangkan abang ni?” soal Ilham dan membuahkan senyuman mekar dari Insyirah yang mengangguk kepalanya.
“Ermm Syirah pun tak tahu sejak bila tapi kini Syirah yakin yang hati Syirah ni hanya terukir nama abang seorang je,” luah Insyirah yang masih mendongak memandang suaminya yang sedang memandang wajahnya. Lama reaksi dari suaminya teremenung kemudian terus wajah Ilham ceria dan dahi isterinya di kucup lama.
“Lama dah abang tunggu hati sayang hanya terukir nama abang. Terima kasih ya Allah kerana kau berikan aku isteri yang cukup sempurna ini.” Insyirah yang mendengar tersenyum menawan. Ilham yang melihat senyuman itu semakin terpegun ya inilah senyuman yang paling ikhlas yang pernah di lihatnya. Lantas bibir itu di paut lama, bila di lepaskan di lihat wajah Insyirah sudah merah menahan malu agaknya.
“Terima kasih sebab terima diri Syirah yang tak seberapa ni jadi isteri abang,” ujar Insyirah perlahan.
“Nope… abang rasa bertuah sangat sebab dapat isteri yang sempurna. Terima kasih sebab terima abang dan beri abang cinta Syirah tu,” ujar Ilham pula.
“Abang rasa yang hidup abang ni dah sempurna sangat sebab abang dah dapat kasih, sayang dan cinta dari isteri abang. Terima kasih Syirah sebab tanpa Syirah hidup abang ni tak bermakna,” ujar Ilham mesra bila Insyirah menompang dagunya di dadanya sambil merenung dirinya. Tangannya pula mengusap perlahan rambut isterinya lembut.
“Natasya?” soal Inysirah perlahan sambil tangan yang menahan dagunya di dada suaminya. Jarinya sesekali menguis dada suaminya yang di litupi tshirt itu.
“La kenapa tanya Natasya pula ni? Dia tu tak ada apa-apa pun dengan abang sebab hati dengan fikiran abang ni sibuk nak fikirkan isteri abang yang seksi ni,” ujar Ilham membuatkan Insyirah membeliakkan mata dan menampar manja dada suaminya terus baring di sebelah suaminya. Ilham sudah ketawa besar melihat reaksi isterinya itu.
“Bila masa Syirah seksi pula ish abang ni,” bebel Insyirah sambil memejam mata bila kepalanya sudah berada di atas bantal. Ngantuk lah pula bila dah malam ni. Bila merasa ada tubuh yang menghimpit dirinya dan memeluk dirinya membuatkan Insyirah membuka matanya.
“Sayang marah?” soal Ilham dan Insyirah hanya menggeleng kepalanya sahaja sambil tersenyum.
“Macam mana nak marah abang bila muka ni juga yang Syirah sayang,” bicara Insyirah lembut sambil mengusap pipi suaminya perlahan. Ilham senang di perlakukan sebegitu lantas tersenyum mekar. Dia suka di manjakan sebegitu oleh isterinya.
“I love you abang,” bicara Insyirah dan Ilham merapatkan dirinya ke arah Insyirah.
“I love you too sayang,” ujar Ilham sambil mengusap tubuh isterinya lembut.”Izinkan abang,” Insyirah lantas mengangguk sambil tersenyum manis. Terima kasih ya Allah kerana kebahagiaan ini. Perliharalah perhubungan kami sehingga ke akhir hayat.
SUMBERNYA
Tidak ada komentar:
Posting Komentar